Bahan
1 ekor ayam [potong kecil]
1 cawan susu cair
2 s/b rempah kuzi (kalu nak buat sendiri - ada resepi kat bowoh)
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
Bawang besar /merah (dimayang halus-digoreng)
ubi kentang (dipotong mcm wedges -tapi halus dan digoreng tau)
2 s/b kismis
1 cawan sos tomato
garam
kunyit
minyak
Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah
Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. bawang goreng diramas-ramas diamsukkan dalam kuali, diikuti kentang goreng .
Kalu tak dok rempah siap ni bahan2 nok wat rempah kuzi:-
BAHAN REMPAH KUZI
1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
1 biji cabai
2 kelopak bunga lawang
1 hiris buah pala
1/2 inci halia
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji cili kering
1 inci halia
Cara:
Rempah-rempah yang di atas digoreng tanpa minyak, dimesin kering halus.
Resepi Aiskrim Vanila Mudah
-
Resepi Aiskrim Vanila Mudah Resepi aiskrim ini sangat mudah.Cuma perlukan 4
bahan sahaja: 1) 1 tin susu cair2) 1/2 tin susu pekat manis ...
Ini adalah ring...
8 years ago
0 x puas hati...:
Post a Comment